Tuesday, September 15, 2009


EN. AZIZ SHAH BIN MOHAMED ARIP
3B-14, BANGUNAN MALIM SARJANA
B.A Edu(Hons) Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling
Master Sc. Counselling UPM
Peringkat Akhir/Viva Ph.D (Psikologi Kaunseling)UKM

ni lecterur kami yang mengajar pembangunan sahsiah.. pe2 pom thanks kpd en aziz sbb bagi kami bnyak pengetahuan...
LANGKAH MENGATASI KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA

  • Peranan ibubapa adalah sangat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. ibubapa mestilah memperhatikansetiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibubapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasi masalah tersebut.Ibubapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa menasihati anak-anak mereka supaya bergaul serta berkawan dengan orang yang mempunyai kedudukan moral yang baik. Selain itu ibubapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan,keberanian,mewujudkan sifat positif terhadap masalah emosi dan keputusan. selain itu, tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama nilai-nilai murni,motivasi, melatih anak-anak cara bersopan , prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia,amanah, sanggup menerima kelemahan diri, serta meneroka potensi diri. ibu bapa haruslah menjadi model terbaik kepada anak-anak.
  • Pendekatan akademik. ini boleh dilakukan dengan menambah aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan kokurikulum di sekolah. begitu juga perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar,dan teknik pengajaran luar kelas.
  • Mewujudkan sistem perundangan di sekolah . peruntukan-peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut dalam kalangan pelajar sekolah disamping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibubapa dalam pengawasan disiplin.
  • Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa seperti polis. bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan ini dengan merujuk masalah pelajar kepada pihak polis.
  • langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. kaunseling di peringkat sekolah amat penting dalam usaha membantu remaja mengatasi masalah mereka. program ini akan lebih bermakna jika kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.
  • Persatuan ibubapa dan guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. pertemuan yang lebih kerap antara ibubapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya untuk pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif.
PUNCA BERLAKU MASALAH REMAJA KINI:


  • Pengaruh persekitaran

Pengaruh luaran dan media massa sentiasa membentuk perilaku para remaja yang masih mentah menghadapi cabaran hidup. Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh ini. Lantaran itu untuk memenuhi keinginan ini, mereka merayau-rayau di pusat-pusat membeli belah, pusat permainan video yang secara tidak langsung terlibat dengan pergaulan bebas.

  • Keruntuhan akhlak

Masalah ini berpunca daripada kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa. Selain itu, sikap terlalu mengejar kemewahan dan penglibatan dalam aktiviti sosial alin menyebabkan ibu bapa dan anak kurang bersemuka untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri.

  • Pengaruh sekolah

Sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam pembentukan akhlak remaja. Tekanan yang dihadapi oleh pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah. Hal ini akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dalam kegiatan yang kurang sihat.

  • Internet

Teknologi Informasi Komunikasi (ICT) juga turut menyumbang kepada pemaparan kepada gejala2 negatif selain peranan yang begitu penting bagi kemajuan bangsa dan negara. Melalui internet umpananya, masyarakat yang berfikiran kurang sihat dengan mudahnya boleh akses kepada maklumat2 yang boleh menjurus ke arah pemikiran negatif.

  • Terlalu banyak masa

Sekiranya masa lapang golongan belia terbatas, mereka akan rasa kurang berminat pada kegiatan-kegiatan yang berfaedah. Pengisian masa lapang yang kurang berfaedah akan mendesak remaja untuk melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat seperti perbuatan negatif.

  • Dunia cinta remaja

Di zaman moden ini, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram telah dilihat sebagai satu kemajuan tetapi bukan sebagai pelanggaran perintah ALLAH S.W.T. Memang lumrah, perasaan ingin berpasangan semakin memuncak ketika berada di alam ramaja. Tetapi sekiranya perasaan ini tidak dikawal, sudah tentu ini akan menimbulkan gejala sosial seperti pergaulan bebas, anak luar nikah, zina dan sebagainya.

Masalah-masalah sosial yang melibatkan remaja.

Antara masalah yang melibatkan remaja ialah rempit,pergaulan bebas, dadah, gangsterisme dan lain-lain.


Rempit:

Masalah rempit ini lbh melibat remaja lelaki dimana kita dapat lihat bahawa kebanyakkan yang merempit dijalanraya adalah remaja lelaki. Ini jelas kepada kita

Monday, September 14, 2009

Thursday, September 10, 2009

WAHAI REMAJA

Hidup ada kalanya menyeronokkan, ada kalanya mencabar, selalu rasa tidak puas hati? Sering tertanya-tanya mengapa orang lain tidak pernah memahamimu? Ada konflik dangan teman, ahli keluarga ataupun gurumu? Tidak tahu arah tuju hidup?

Jadi anda memerlukan panduan yang dapat membantu hidup untuk menadi hidupmu yang lebih bermakna.




DEFINISI

  • Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur antara 12-21 tahun @ 13-25 tahun.
  • Perkataan remaja berasal daripada perkataan Latin yang bermakna menuju ke tahap untuk menjadi dewasa.
  • Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu perkembangan manusia iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa.
  • semasa seseorang itu mengalami peringkat remaja dia akan mengalami pelbagai perubahan yang drastik termasuk perubahan jasmani, sosial, emosi dan bahasa. Akibat daripada itu, remaja merupakan golongan yang emosinya tidak stabil dan sentisa bermasalah.

Wednesday, September 9, 2009

Sunday, September 6, 2009


  • Dalam konteks kehidupan yang semakin berubah hari ini, remaja muslim perlu memiliki ciri-ciri keunggulan iaitu dari segi keperibadian, kemahiran, penguasaan ilmu dan pengetahuan agama. Perubahan dan evolusi kehidupan masa kini sebenarnya membuka ruang yang begitu luas kepada remaja untuk menentukan dan mencorakkan apa yang mereka inginkan. Kemudahan teknologi masa kini telah menambah nilai sedemikian ke tahap di mana kawalan tidak lagi dapat dilakukan secara menyeluruh terutama aspek-aspek negatif yang dibawa dari kemajuaan itu. Namun demikian, remaja muslim perlu menjadikan keadaan dan perubahan sedemikian bukan sebagai asas untuk mereka terjerumus ke lembah masalah sosial yang tidak mendatangkan faedah.

  • Setiap remaja harus memahami tujuan mereka dilahirkan di dunia ini dengan mempersiapkan diri sebagai khalifah Allah yang taat dan kreatif. Matlamat hidup yang tidak bercanggah dengan kehendak Islam hendaklah disemai ke dalam diri seseorang remaja jika mereka mahu berjaya dan maju sebagai generasi yang unggul, cemerlang dan diberkati.

  • Remaja merasakan bahawa fizikalnya sudah seperti orang dewasa sehingga dia merasakan perlu untuk bersikap seperti orang dewasa untuk menutup keadaan dirinya yang sebenar harus memahami bahawa anggapannya itu hanyalah sekadar imaginasi atau peniruan. Justeru, remaja harus bijak mengendalikan diri dalam menghadapi dunia yang penuh dengan aneka godaan dan kehendak hati, tapi gunalah fikiran agar setiap keputusan yang diambil benar-benar mengikut aspirasi ibu bapa, masyarakat dan agama.

  • Akal merupakan suatu unsur yang istimewa dalam tubuh remaja. Unsur penting dalam akal ialah mempunyai daya kekuatan untuk menganalisis sesuatu perkara yang menghasilkan persepsi seperti orang gila.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:


" Tidak adalah usaha seseorang seperti keutamaan akal yang memberi petunjuk kepada tuannya itu dan mengelakkan dari jalan yang hina. Tidak sempurnalah iman seseorang dan tidak berdiri tegak agamanya sebelum akalnya sempurna"




sekian.. dari penulis...

syiju, aqua n leotarius

TiaDa HaLaNgAn

CuMa PeLuaNg

ChaiYoK2!!!!!