- Dalam konteks kehidupan yang semakin berubah hari ini, remaja muslim perlu memiliki ciri-ciri keunggulan iaitu dari segi keperibadian, kemahiran, penguasaan ilmu dan pengetahuan agama. Perubahan dan evolusi kehidupan masa kini sebenarnya membuka ruang yang begitu luas kepada remaja untuk menentukan dan mencorakkan apa yang mereka inginkan. Kemudahan teknologi masa kini telah menambah nilai sedemikian ke tahap di mana kawalan tidak lagi dapat dilakukan secara menyeluruh terutama aspek-aspek negatif yang dibawa dari kemajuaan itu. Namun demikian, remaja muslim perlu menjadikan keadaan dan perubahan sedemikian bukan sebagai asas untuk mereka terjerumus ke lembah masalah sosial yang tidak mendatangkan faedah.
- Setiap remaja harus memahami tujuan mereka dilahirkan di dunia ini dengan mempersiapkan diri sebagai khalifah Allah yang taat dan kreatif. Matlamat hidup yang tidak bercanggah dengan kehendak Islam hendaklah disemai ke dalam diri seseorang remaja jika mereka mahu berjaya dan maju sebagai generasi yang unggul, cemerlang dan diberkati.
- Remaja merasakan bahawa fizikalnya sudah seperti orang dewasa sehingga dia merasakan perlu untuk bersikap seperti orang dewasa untuk menutup keadaan dirinya yang sebenar harus memahami bahawa anggapannya itu hanyalah sekadar imaginasi atau peniruan. Justeru, remaja harus bijak mengendalikan diri dalam menghadapi dunia yang penuh dengan aneka godaan dan kehendak hati, tapi gunalah fikiran agar setiap keputusan yang diambil benar-benar mengikut aspirasi ibu bapa, masyarakat dan agama.
- Akal merupakan suatu unsur yang istimewa dalam tubuh remaja. Unsur penting dalam akal ialah mempunyai daya kekuatan untuk menganalisis sesuatu perkara yang menghasilkan persepsi seperti orang gila.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
" Tidak adalah usaha seseorang seperti keutamaan akal yang memberi petunjuk kepada tuannya itu dan mengelakkan dari jalan yang hina. Tidak sempurnalah iman seseorang dan tidak berdiri tegak agamanya sebelum akalnya sempurna"
No comments:
Post a Comment