- Pengaruh persekitaran
Pengaruh luaran dan media massa sentiasa membentuk perilaku para remaja yang masih mentah menghadapi cabaran hidup. Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh ini. Lantaran itu untuk memenuhi keinginan ini, mereka merayau-rayau di pusat-pusat membeli belah, pusat permainan video yang secara tidak langsung terlibat dengan pergaulan bebas.
- Keruntuhan akhlak
Masalah ini berpunca daripada kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa. Selain itu, sikap terlalu mengejar kemewahan dan penglibatan dalam aktiviti sosial alin menyebabkan ibu bapa dan anak kurang bersemuka untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri.
- Pengaruh sekolah
Sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam pembentukan akhlak remaja. Tekanan yang dihadapi oleh pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah. Hal ini akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dalam kegiatan yang kurang sihat.
- Internet
Teknologi Informasi Komunikasi (ICT) juga turut menyumbang kepada pemaparan kepada gejala2 negatif selain peranan yang begitu penting bagi kemajuan bangsa dan negara. Melalui internet umpananya, masyarakat yang berfikiran kurang sihat dengan mudahnya boleh akses kepada maklumat2 yang boleh menjurus ke arah pemikiran negatif.
- Terlalu banyak masa
Sekiranya masa lapang golongan belia terbatas, mereka akan rasa kurang berminat pada kegiatan-kegiatan yang berfaedah. Pengisian masa lapang yang kurang berfaedah akan mendesak remaja untuk melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat seperti perbuatan negatif.
- Dunia cinta remaja
Di zaman moden ini, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram telah dilihat sebagai satu kemajuan tetapi bukan sebagai pelanggaran perintah ALLAH S.W.T. Memang lumrah, perasaan ingin berpasangan semakin memuncak ketika berada di alam ramaja. Tetapi sekiranya perasaan ini tidak dikawal, sudah tentu ini akan menimbulkan gejala sosial seperti pergaulan bebas, anak luar nikah, zina dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment