Tuesday, September 15, 2009

LANGKAH MENGATASI KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA

  • Peranan ibubapa adalah sangat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. ibubapa mestilah memperhatikansetiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibubapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasi masalah tersebut.Ibubapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa menasihati anak-anak mereka supaya bergaul serta berkawan dengan orang yang mempunyai kedudukan moral yang baik. Selain itu ibubapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan,keberanian,mewujudkan sifat positif terhadap masalah emosi dan keputusan. selain itu, tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama nilai-nilai murni,motivasi, melatih anak-anak cara bersopan , prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia,amanah, sanggup menerima kelemahan diri, serta meneroka potensi diri. ibu bapa haruslah menjadi model terbaik kepada anak-anak.
  • Pendekatan akademik. ini boleh dilakukan dengan menambah aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan kokurikulum di sekolah. begitu juga perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar,dan teknik pengajaran luar kelas.
  • Mewujudkan sistem perundangan di sekolah . peruntukan-peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut dalam kalangan pelajar sekolah disamping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibubapa dalam pengawasan disiplin.
  • Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa seperti polis. bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan ini dengan merujuk masalah pelajar kepada pihak polis.
  • langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. kaunseling di peringkat sekolah amat penting dalam usaha membantu remaja mengatasi masalah mereka. program ini akan lebih bermakna jika kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.
  • Persatuan ibubapa dan guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. pertemuan yang lebih kerap antara ibubapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya untuk pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif.

No comments:

Post a Comment